SELAMAT DATANG
Pusat Sebaran Maklumat (NADI), Bachok, Kelantan mengucapkan SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat portal komuniti kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 pusat untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa Satu dan 52 pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kehidupan seharian komuniti setempat.
Pengenalan Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
| VISI | Menerokai Signifikasi Jalur Lebar
| MISI | Menginspirasi Komuniti Dalam Melayari 3E
| MOTO | Inspirasi Komuniti Digital
Keunikan NADI Jelawat
NADI Pekan Jelawat adalah sebuah Pusat Sebaran Maklumat khas bagi komuniti setempat yang ingin menggunakan Internet dengan caj istimewa sebanyak RM1.00 (ahli) dan RM2.00 (pelawat). Menariknya pelanggan yang mendaftar sebagai ahli NADI layak berjalur lebar dengan caj PROMOSI Internet percuma selama 1 jam sehari selama 90 hari bermula tarikh mendaftar.
Pelanggan berdaftar dengan kami juga berpeluang menyertai aktiviti bengkel dan latihan asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara PERCUMA (* Ahli mendaftar sahaja) dalam menerokai aplikasi ‘3E’ seperti e-Pembelajaran (e-Learning), e-Dagang (e-Commerce), dan e-Kerajaan (e-Government). Bengkel adalah dibawah kendalian pihak pengurusan Pusat Internet sendiri iaitu pengurus dan penolong pengurus sebagai individu terlatih (well-trained).
Sekiranya anda dari golongan wanita, pelajar, belia, lepasan IPTA/IPTS, prasekolah, pemburu kerjaya, orang kurang upaya (OKU), warga emas, nelayan, penternak, atau usahawan sokongan dan kehadiran anda adalah keutamaan kami dalam perkongsian informasi kerana kami sentiasa menghargai anda sebagai “Inspirasi Komuniti Digital”.
Perkhidmatan NADI Pekan Jelawat
- Internet Jalur Lebar
- WiFi NADI Jelawat
- Latihan Teknologi Maklumat & Komunikasi
- Asas Komputer & Internet
- Percetakan (Printing)
- Fotokopi (Fotocopy)
- Imbasan (Scanning)
- Kemasan plastik (Laminating)
- Sewa bilik bengkel
- Dan tentunya ruang selesa bagi proses pembelajaran teknologi masa kini
Informasi Operasi |
Setiap hari kecuali Cuti Umum |
Bermula jam 9.00 pagi – 6.00 petang
Masa Rehat |
1.00 petang – 2.00 petang (Sabtu – Khamis)
12.30 petang – 2.30 petang (Jumaat)
Perhatian: Masa rehat pada hari Jumaat adalah dua jam bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.
Maklumat Lanjut
Layari Portal | http://jelawat.naditm.my
Talian/Emel Petugas |
Pengurus | Puan Aainaa 013.212.2913 ( am.pekanjelawat@gmail.com)
Penolong Pengurus | Puan Norihan 0113.911.5782 ( am.pekanjelawat@gmail.com)