mcmc
Maklumat Setempat

eRezeki

e rezeki 1

e rezeki 1

 

eRezeki ini adalah salah satu inisiatif digital yang menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan secara digital dimana individu tu akan buat kerja secara digital. Digital tu apa? digital tu secara maya atau pendek kata melalui komputer @ handphone sahaja..
 
Sebab tu antara salah satu iklan eRezeki “Kalau Pandai Tekan Pasti Pandai Cari Makan”
Peserta yang join eRezeki akan dilatih, berkelayakan dan akan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai atau bekerja. 
 
Program eRezeki adalah berdasarkan kepada konsep crowdsourcing – dengan tumpuan khusus kepada model berasaskan perkhidmatan orang ramai.
 
Erezeki nie adalah program menjana pendapatan secara atas talian diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di bawah naungan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia. Jika ada yang berminat ingin mengetahui mengenai erezeki. Boleh datang ke Pusat Internet 1malaysia Pekan Jelawat pada setiap hari sepanjang waktu Pi1M beroperasi. Boleh hubungi kami untuk mengetahui maklumat lanjut.