Jelawat Dis. 2015: Sekitar perhimpunan bantahan dari persatuan peniaga dan penduduk pekan jelawat ekoran daripada sistem parkir berbayar yang telah diperkenalkan oleh pihak yang berkenaan. Secara keseluruhannya, bantahan itu berlansung secara aman yang disertai oleh peniaga-peniaga Pekan Jelawat dan penduduk sekitar. Pengenalan terhadap sistem parkir berbayar amat tidak disenangi oleh peniaga pekan itu kerana mereka telah mengalami kerugian disebabkan pengurangan pengunjung yang berkunjung ke pekan tersebut untuk berbelanja. Hal ini dibangkitkan kerana sebelum ini sistem parkir di Pekan Jelawat adalah percuma dan jumlah kunjungannya juga saban hari semakin meningkat. Namun, setelah pelaksanaan sistem parkir berbayar itu, rata-rata peniaga telah mengalami kerugian dan kehilangan pelanggan tetap kerana pelanggan telah beralih ke tempat lain.
PASAR MINGGU PEKAN JELAWAT
Keistimewaan Pekan Jelawat adalah kerana pasarnya yang merupakan pusat perniagaan pelbagai barangan seperti hasil pertanian, penternakan dan pelbagai jenis barangan keperluan harian. Pekan Jelawat sangat popular di kalangan penduduk sekitar bachok dan seluruh penduduk Kelantan amnya. Begitu juga dengan pasar minggunya yang menjadi tumpuan penduduk sekitar daerah Bachok setiap kali tibanya hari Jumaat. Pasar minggu ini diadakan sekali dalam seminggu pada setiap hujung minggu pada hari Jumaat yang bermula pada jam 7.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari. Pasar minggu Pekan Jelawat menjadi pilihan dan kunjungan wajib terutamanya kepada penduduk Bachok kerana disebabkan pelbagai barangan mudah didapati di pasar minggu ini. Selain daripada barangan keperluan asas sehinggalah kepada barangan keperluan harian yang boleh didapati dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Pasar minggu di Pekan Jelawat juga merupakan nadi kehidupan kepada penduduk sekitar Bachok mendapatkan pelbagai keperluan harian dan ia adalah pasar yang paling berdaya saing berbanding pasar minggu di tempat lain.