mcmc
Maklumat Setempat

Aktiviti Pi1M

IMG-20160125-WA0002

Kepada pelanggan yang dihormati,
Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Pekan Jelawat akan ditutup selama 4 hari bersempena Cuti AidilFitri .
Penutupan Pi1M untuk Sambutan Aidilfitri 2016 adalah seperti berikut :
5hb Julai 2016 (Selasa) – Cuti Persediaan Sebelum Hari Raya
6hb Julai 2016 (Rabu) – Hari Raya Pertama
7hb Julai 2016 (Khamis) – Hari Raya Kedua
8hb Julai 2016 (Jumaat) – Hari Raya Ketiga
Pi1M akan mula beroperasi semula seperti biasa mulai 9hb Julai 2016. Harap maklum .

Salam Aidifitri..Maaf Zahir & Batin

Program Klik Dengan Bijak (KDB) besama Pelajar Sekolah Menengah

Kerjasama antara PI1M sekitar Bachok

IMG-20160125-WA0002  IMG-20160130-WA0033

IMG-20160130-WA0032  IMG-20160130-WA0037

IMG-20160130-WA0036  IMG-20160130-WA0035

 

 

Sambutan Kemerdekaan Ke-58 PI1M Jelawat 

Kemeriahan suasana Pi1M Jelawat sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-58

IMG 0088

 

IMG 0096

 

 

KDB DAN POWER POINT “POSTER KEMERDEKAAN”

IMG 0121

 

Setiap peserta mempersembahkan kreativiti masing-masing dalam membina poster kemerdekaan dengan menggunakan perisian teknologi.

merdeka

 

Contoh “Poster Kemerdekaan” dengan menggunakan perisian teknologi terkini

IMG 0124

 

 

JAMUAN HARI RAYA HQ REGION EASTERN BESUT

 

Sekitar Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Hari Raya seluruh PI1M Terengganu dan Kelantan yang bertempat di HQ Region Eastern Besut

raya

 

 

 

E-EDUCATIONS WEBLINKS

 

Jom klik dan sertai empat(4) laman sesawang bagi tujuan e-pendidikan khas untuk generasi muda dan pelajar seluruh negara. 

 

  1. iTR1M adalah tuisyen percuma berasaskan kurikulum KPM untuk kedua-dua peringkat pelajar sekolah rendah dan menengah. Sila layari Unicliq.Com
  2. Edunation merupakan sumber percuma kandungan berasaskan video untuk sekolah menengah. Sila layari Edunation.My
  3. CELEX sebagai pusat sehenti portal kandungan pendidikan untuk keluarga di mana anda berpeluang memperolehi kandungan digital percuma oleh PNM (buku dan majalah) dan juga kandungan berbayar dengan harga diskaun. Sila layari Celex.Com.My
  4. MyMobileUniversity adalah MOOC percuma yang menawarkan lebih 400+ saluran sama ada dari kalangan universiti antarabangsa dan pembekal profesional pembangunan untuk menyokong pembelajaran sepanjang usia. Sila layari MyMobileUni.Net

 

KEMPEN: “KLIK DENGAN BIJAK” (KDB)

 

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program anjuran SKMM yang membudayakan penggunaan internet secara positif di kalangan rakyat Malaysia. Matlamat kempen ini adalah dari segi keselamatan, waspada dan tanggungjawab dengan golongan sasaran utama yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber seperti kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga.

 

Layari info KDB di sini atau klik Like Facebook Page Klik Dengan Bijak .

 

KEMPEN & PROMOSI: Pengguna Bijak & Usahawan (KPBU)

 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kadar ahli baru Pi1M, meningkatkan kadar pengguna Pi1M, meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di kawasan luar bandar sekaligus meningkatkan kadar kemandirian setiap Pi1M. Taklimat yang diberikan adalah berkait rapat:

 

-Kempen Pengguna Bijak dan Keusahawanan
-SKMM dan peranan
-TM dan peranan
-Pi1M dan peranan
-Klik Dengan Bijak (KDB)
-Get Malaysian Business Online (GMBO)

 

 PROGRAM PENSIJILAN ICT CAMBRIDGE (CAMBRIDGE ICT STARTERS)

 

 

 

INITIAL STEPS

 

Tahap Pembelajaran Yang Disyorkan

 

  1. Darjah 1
  2. Darjah 2
  3. Darjah 3
  4. Darjah 4
  5. Darjah 5
  6. Darjah 6

 

 Sijil Modul

 

  • Sijil modul yang lengkap akan diberikan kepada setiap pelajar yang lulus dalam penilaian.
  • Sijil boleh dikumpul selama 3 tahun.

 

 Tahap dan Sijil Penuh

 

  • Sijil bagi tahap 1 akan diberikan apabila dapat menyempurnakan 3 modul yang pertama untuk Initial Steps atau 4 modul bagi Next Steps / On Track.
  • Sijil penuh akan diberikan setelah melengkapkan kesemua tahap modul pembelajaran.

 

 PENILAIAN

 

  • 100% hands-on
  • Penilaian akan dibuat pada setiap akhir modul.
  • Tiada tarikh peperiksaan yang ditetapkan.
  • Calon boleh menjawab soalan dengan menggunakan Bahasa Inggeris atau pun bahasa tempatan.

 

TAHAP

 TEMPOH MASA

 INITIAL STEPS

 60 minit

 NEXT STEPS

  120 minit

 ON TRACK

 120 minit

 

Pengredan Penilaian

 

PASS – Jika lulus dan memenuhi semua kriteria objektif pembelajaran.

 

MERIT – Jika lulus dengan baik dan memenuhi semua objektif pembelajaran.

 

FAIL – Jika salah satu objektif pembelajaran tidak dipenuhi.

 

PERHATIAN: Pelajar dibenarkan mengulang semula (set penilaian yang berbeza akan digunakan) 

 

*MAKLUMAT LANJUT SILA BERHUBUNG DENGAN PETUGAS Pi1M JELAWAT.

 

PROGRAM PENSIJILAN 1CiTiZEN 

 

 Pensijilan Pertama dunia yang Memperkenalkan Penggunaan Bersesuaian Teknologi

 

Adakah anda mengamalkan penggunaan beretika sistem-sistem digital dan peralatan apabila bertukar-tukar atau berkongsi maklumat? Adakah anda mempunyai sikap Netiquette sesuai apabila menggunakan teknologi? Adakah anda mampu membezakan penggunaan yang tidak sesuai atau sesuai teknologi? Adakah anda selamat dari perisian intip, penggodam, phishing, kecurian maklumat semasa anda dalam talian?

 

Anda mungkin adalah ICT-savvy; tetapi boleh anda menuntut anda miliki semua ia mengambil menjadi satu ‘pemandu mahir dan berpengetahuan’ di lebuh raya maklumat?

 

Selamat datang ke 1CITIZEN Program!

 

1CITIZEN ialah program latihan khas dibangunkan oleh Prestariang Systems Sdn Bhd menggalakkan perpaduan negara melalui penggunaan bersesuaian teknologi. Ia memberi inspirasi kepada Netizen menjadi para pemikir kritikal yang sedar akan akibat-akibat etika perilaku dalam talian. Program ini membantu anda mendapat IC CITIZEN Certification anda; program pensijilan peringkat dunia dalam Netiquette mengesahkan dan mengesahkan pemahaman peraturan asas anda kerana kegunaan yang boleh diterima dalam dunia digital hari ini.

 

 Untuk maklumat lanjut sila layari 1CiTiZen

 

KEMBARA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KOMUNITI JELAWAT

 

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti Jelawat baru sahaja selesai mengadakan program Kembara Jalur Lebar yang diadakan pada 23 Mei 2012 (Rabu) bertempat di perkaranagan Pi1M Jelawat berhampiran Pasar Besar Siti Aisyah. Program yang bermula jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 5 petang telah menerima kunjungan seramai 400 orang. Antara aktiviti tunggal yang dijalankan pada hari tersebut adalah gubahan bunga plastik bagi kategori wanita pada jam 11 pagi. Untuk pengetahuan umum, Pi1M Jelawat telah mengadakan aktiviti pra-sambutan lebih awal bagi mencari pemenang bermula 17 Mei. Antaranya pertandingan permainan online (Angry Birds), menaip pantas bagi kategori sekolah rendah diikuti pertandingan mewarna pada 18 Mei iaitu Jumaat di Tabika KEMAS Padang Pak Amin Jelawat.

 


 

PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA (1MHCAD)

 

Pi1M Jelawat kini menjalankan program terbaru dikenali Latihan 1 Malaysia bermula November 2010 hingga November 2012. Latihan ini khas bagi pelajar sekolah rendah, menengah, IPTA/IPTS, belia dan dewasa lelaki mahu pun wanita.

 

Sekolah Rendah (Darjah 4,5,6 sahaja)

 

Sekolah Menengah (Tingkatan 1-6)

 

Belia ( 18 > 40 tahun)

 

Dewasa lelaki

 

Dewasa wanita

 

Latihan 1 Malaysia dijalankan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu dengan sesi pertama jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari. Dan sesi kedua jam 3 petang hingga 5.30 petang. Latihan ini dikendalikan oleh para petugas sebagai tenaga pengajar. Pada akhir latihan sijil ICT akan diberikan kepada peserta yang tamat setiap latihan. Masuk PERCUMA!

 

MAKLUMAT LATIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK)

 

Pi1M juga mengadakan bengkel dan latihan berkenaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara asas (PERCUMA) bagi komuniti setempat yang telah mendaftar menjadi ahli Pi1M Jelawat. Maklumat mengenai bengkel atau latihan akan dipaparkan dalam papan kenyataan dalam Pi1M Jelawat.”

 


Pelajari cara menggunakan tiga aplikasi elektronik iatu e-kerajaan, e-pembelajaran, dan e-dagang di PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti Jelawat atau mana-mana pusat yang beroperasi. Layari Pi1M.com.my bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Pi1M di seluruh negara.

 

Senarai bengkel sepanjang Januari dan awal Februari 2010

 

  1. Bengkel Pengenalan Asas Komputer.
  2. Bengkel Pengenalan Asas Internet.
  3. Bengkel Kesedaran Kepentingan Internet (Program Kesedaran).
  4. Bengkel Mencipta Akaun E-mail Peribadi (Yahoo! & Gmail).

 


 

BENGKEL | Pengenalan Asas Komputer

 

Bengkel pertama Pi1M yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus diadakan pada 15 Januari 2010 secara umum kepada semua ahli yang berminat. Seramai 10 peserta berada di Pi1M Jelawat untuk berkongsi informasi mengenai asas komputer. Peserta berkongsi maklumat mengenai komponen utama komputer, penjagaan dan pengendalian komputer, serta laman sesawang yang menyediakan informasi berkenaan pengkomputeran. 

 

Webopedia | Kamus online komputer dan enjin carian internet bagi terma internet dan bantuan teknikal boleh dilayari di http://www.webopedia.com/
Wanita & Komputer | Blog tips komputer mudah dari wanita, khas untuk wanita mengenai ilmu asas komputer boleh dilayari di 
http://waidakmy.com/

 


 

BENGKEL | Pengenalan Asas Internet

 

Bengkel kedua yang diadakan pada 16 Januari dengan kehadiran seramai 10 ahli Pi1M berkongsi maklumat bersama Pengurus dalam ‘Mengenali Dunia Internet dan Sejarahnya’. Beberapa penerangan mengenai perkhidmatan Internet, protokol, nama domain, model perkomputeran (pelanggan & pelayan), aplikasi-aplikasi Internet, dan senarai enjin carian yang popular seperti Google dan Yahoo! dipaparkan semasa pembentangan (PowerPoint) selama 2 jam. Enjin carian popular Google dan Yahoo! dipilih sebagai rujukan latihan bagi peserta dalam mempelajari cara memilih kata kunci dan mencari informasi secara maya. Ahli-ahli juga didedahkan dengan lebih terperinci akan kaedah pemilihan kata kunci dan cara melayari Internet secara berkesan dalam bengkel seterusnya. Insya-Allah, kerana kami bercadang ingin berkongsi bersama anda!

 

Senarai pilihan enjin carian selain Google dan Yahoo!

 

| Ask.Com http://www.ask.com/ | MSN http://www.msn.com/ | WebCrawler http://www.webcrawler.com/ | DogPile http://www.dogpile.com/ | Bing http://www.bing.com/ | Excite.Com http://www.excite.com/ |AltaVista http://www.altavista.com/ |

 


 

KESEDARAN | Kepentingan Internet

 

Bengkel dua sesi dengan jumlah peserta seramai 21 orang ini diadakan pada 23 Januari 2010, jam 10 pagi dan 3 petang. Bengkel di bawah program Awareness ini diharapkan agar berjaya membuka minda komuniti setempat akan kepentingan dan manfaat menggunakan Internet dalam pelbagai urusan demi menjimatkan masa dan kos. Peserta diberi peluang berkongsi dengan para pelatih bertugas secara ringkas untuk memahami bagaimana perniagaan Internet (menjual produk sendiri, menjadi pembekal atau mempromosi produk) boleh dilakukan dengan mudah menggunakan blog atau laman web yang dibina. Bengkel bersifat santai, membolehkan peserta cuba melayari laman-laman sesawang terpilih di bawah alikasi e-kerajaan, e-pembelajaran dan e-dagang bagi mendapatkan gambaran sebenar perkhidmatan secara atas talian. Yang penting di sini ialah cara Internet yang boleh memudahkan urusan dan merealisasikan impian seseorang.

 

BERITA BAIK: Bagi yang ingin memiliki blog, bengkel ‘Cara Mudah Memiliki Blog’ bakal diadakan secara PERCUMA kepada ahli-ahli sahaja. Kami akan mengajar cara mencipta blog, dan anda boleh berkongsi segala manfaat bersama blogger lain melalui penulisan anda. Tarikh, masa, dan lokasi akan diumumkan menerusi e-mail dan papan kenyataan Pi1M Jelawat.

 


 

BENGKEL | Mencipta E-mail Peribadi oleh Pengurus dan Penolong Pengurus pada 5 & 6 Februari 2010

 

Antara bengkel yang mendapat perhatian ahli dengan seramai 13 peserta berjaya memiliki akaun e-mail Gmail dan Yahoo!. Bengkel dikendalikan oleh Pengurus dan penolong telah diadakan selama dua hari pada 5 dan 6 Februari 2010, bertujuan agar pelajar lepasan sekolah menengah mempunyai e-mail sendiri bagi memudahkan proses pengisian borang tertentu berkaitan pendidikan secara atas talian di samping pendedahan kepada Instant Messaging (IM) dalam urusan seharian.

 


 

Bengkel | Pengenalan Asas Microsoft Office Word 2007 oleh Pengurus dan Penolong Pengurus pada 9 April 2010

 

Kami telah menjalankan satu bengkel asas Ms. Office Word 2007 untuk wanita dan pelajar lepasan sekolah menengah. Lima orang ahli menyertai bengkel yang diadakan dalam dua sesi iaitu pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 3 hingga 5 petang. Objektif bengkel ini ialah agar peserta-peserta dapat membiasakan diri dengan tetingkap Ms. Word 2007 dalam melakukan tugasan rasmi harian.

 

Selain itu, untuk mengenali fungsi sebenar Ms. Office Button, Toolbar, Title Bar, Ribbon, Ruler, Text Area, Vertical and Horizontal scroll bars, Status Bar dan efek dihasilkan berdasarkan kaedah Click. Selain itu, para peserta bersama-sama membina dokumen, menaip perkataan seterusnya menggunakan fungsi Backspace, Delete, juga fungsi Bold, Underline dan Italic.

 

Sumber Rujukan Nota: MSD-DI Sdn Bhd (Pdf) & Microsoft Word 2007 Tutorial—Free & Online (Tutorial)

 


 

PROMOSI | Sekitar Pasar Tani (setiap Jumaat) berhampiran Pasar Besar Jelawat

 

Pi1M Jelawat berjaya turun padang buat pertama kalinya pada 2 April 2010 bagi melaksanakan promosi mengenai kewujudan Pi1M dengan lebih giat.

Matlamat utama promosi ini adalah untuk memperkenalkan Pi1M Jelawat kepada pengunjung-pengunjung yang datang membeli belah di Pasar Tani setiap hari Jumaat. Pi1M ingin mensasarkan lebih ramai komuniti di luar sana untuk menyertai Pi1M yang terhampir dengan kawasan mereka.

Adalah menjadi objektif Pi1M juga untuk ‘mesra komuniti’ dan lebih dekat dengan warga setempat bagi berkongsi maklumat mengenai Pi1M Jelawat, kedudukan dan perkhidmatan yang disediakan. Diharapkan dengan promosi ini akan menjadikan Pi1M sebagai rujukan pertama berkaitan permasalahan jalur lebar sekitar Jelawat. Target Pi1M juga ingin menarik lebih ramai generasi muda supaya mereka bergerak seiring dengan keperluan jalur lebar kebangsaan.

Promosi ini diharapkan selaras dengan aktiviti Pi1M sebagai penyampai maklumat berkaitan jalur lebar dengan lebih aktif di sekitar Bachok.

 


 

MESRA BERSAMA Pi1M | ‘RIANG RAYA BERSAMA Pi1M’

 

Pi1M mengadakan ‘Riang Raya Pi1M’ pada 23 September 2010 yang melibatkan ahli-ahli Pi1M Jelawat bersempena sambutan Hari Raya Puasa 1431H. Aktiviti yang bermula jam 10 pagi hingga 1 petang dihadiri hampir 30 ahli yang bersama-sama memeriahkan suasana dengan membawa juadah Hari Raya (seperti biskut dan kuih-muih) masing-masing.